Sunday, December 15, 2013

Tulang rusuk

KENALI TULANG RUSUKMU Kisah Mengapa Wanita Tercipta dari Tulang Rusuk Lelaki. Seorang bijak berkata…. Wanita selalu akan mengembalikan yang lebih untuk lelaki Jika kamu memberinya rumah, maka ia akan memberimu kehangatan dalam rumahmu. Jika kamu memberinya beras, ia akan menanak nasi untukmu. Jika kamu memberinya cinta, ia akan memberimu pengabdian seumur hidupnya. Tapi jika kau memberinya hinaan, ia akan memberimu do'a dalam airmata kepedihannya dan itu bererti persiapkan dirimu untuk berjuta kemalangan! Jika kelmarin kamu berdo'a dan yakin bahawa dialah wanita yg sudah terpilih untukmu, maka terimalah dia bukan hanya sebagai wanita yang sempurna tetapi terimalah dia dengan cara yang sempurna, melainkan sebagai wanita yang terbaik. Bukanlah dia yang tidak pernah berbuat salah, tapi dia yang selalu berkata ma'af untuk setiap kesalahannya dan ia yang punya sejuta ma'af untuk kesalahanmu. Ia yang mau menerima masa lalu mu dan siap merancangkan masa depannya bersamamu serta menyerahkan kehidupannya padamu. Ia yang selalu cemas dan hilang 'akal ketika kamu tak memberinya khabar. Jika dulu sifat manjanya membuatmu tertawa lucu, cemburunya bererti dia sayang padamu, airmatanya boleh menyayat hatimu, tapi sekarang semuanya itu jadi alasan kamu melepaskannya, maka merenunglah sejenak! Mengapa dalam berbagai legenda bahawa wanita itu tercipta dari tulang rusuk lelaki, bukan dari tulang kepala kerana wanita bukan untuk memimpin lelaki, Bukan dari tulang kaki kerana wanita juga bukan alas kaki lelaki. Wanita tercipta dari tulang rusuk lelaki kerana dekat dengan hati, agar wanita menjadi pendamping, penjaga hati. Dekat dengan hati kerana untuk disayangi. Wanita akan terlelap dalam dekapan lelaki. Kerana wanitatahu dari sana dia berasal. Maka dari itu kenali dan sayangi “Tulang Rusukmu” #repost #kredit haris mencari ketenangan

Monday, November 4, 2013

K.I.T.A

Tangan yang di hayun tercalit dosa Hati yang meronta tercalit dosa Minda yang berirama tercalit dosa Kaki yang berjalan tercalit dosa Mulut yang berkata tercalit dosa Kemanakah kita ini di dunia Kemanakah kita ini nanti di alam Nya Durjana kekhilafan kita sendiri Manusia yang angkuh di bumi Nya Mengejar keberadaan dari yg terbaik Sudah tersedia ilmu hanya perlu diajar pada diri Sambil berbakti pada orang tua Kejar lah syurga dari neraka Namun suci kah kita untuk memilikinya La illa haiilla anta subha nakainkuntum minall zolimi..

Monday, October 21, 2013

RINDU

Adakah kita merindui Nabi Muhammad SAW setiap hari? Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid Nabi? Fikir-fikirkan. Mari kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan betapa baginda amat merindui kita; umat akhir zaman. ... Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian. Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran. "Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah. "Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka." Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah. "Malaikat," jawab sahabat. "Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah. Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi." "Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka." "Mungkin kami," celah seorang sahabat. "Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu. "Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka. "Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah. "Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu. #halaqah Perkongsian apa yg dibaca

Saturday, October 19, 2013

Wanita oh wanita

“Telekung surau ni kotor laa..camne nak semayang,” “Saya lupa bawa telekung, nanti saya qada’ aje solat bila sampai rumah,” Skrip biasa, terutamanya di shopping complex. Sepertinya solat itu tidak penting, boleh saja diqada’-qada’. Yang lebih penting adalah telekungnya. Tiada telekung, tak boleh solat! Begitukah? Jika diamati syarat sah solat, cuma 5 perkara: Yakin telah masuk waktu Menutup aurat Mengadap kiblat Suci daripada najis pada badan, pakaian dan tempat solat Suci daripada hadas kecil dan hadas besar Tercari-cari juga, tiada pula dalam list – Wajib memakai telekung. Jadi, wajibkah? Mengapa hendak dipersulit dan diperberatkan hukum-hakam Islam yang sebenarnya cukup mudah dan simple. “Dan tidaklah Allah jadikan bagi kalian dalam agama ini kesulitan.” [ Al-Hajj : 7] Yang pentingnya dalam soal berpakaian ketika bersolat ialah menutup aurat dan bersih daripada najis. Apa sahaja pakaian kita, jika memenuhi 2 syarat tersebut, maka tidak perlulah ragu-ragu lagi. Telekung cuma adat, bukan syarat. Majoritinya, hanya wanita-wanita di benua Nusantara yang mengamalkan adat ini. Sememangnya tidak salah bertelekung, malah sangat baik sebenarnya, kerana lebih sopan dan selesa. Cuma jika ia dijadikan sandaran yang akan mencacatkan solat kita, maka itulah prinsip yang salah. Pilihlah mengikut keselesaan dan yang mana lebih mudah. Jika merasakan bertelekung lebih mudah, maka itulah yang terbaik. Bagi saya sendiri, jika solat sehari-harian di rumah atau di kolej, saya lebih selesa bertelekung. Cuma apabila dalam keadaan tergesa-gesa atau berpergian, maka pakaian yang ada sahaja sudah amat memadai. Yang penting, cukup syarat. “Eh, betul ke ni.. Nampak pelik la kalau tak pakai telekung. Macam tak sempurna je tutup auratnya..” Untuk persoalan sebegini, mungkin perlu ditanya kembali diri kita. Jika kita merasakan pakaian kita itu tidak cukup sempurna untuk bersolat, jadi, adakah kita sekarang ini tidak menutup aurat..? #halaqah

Sedih

Em..hari ni 19/10/2013 Sepatutnya hari perkahwinan aku.. Tapi,apa bayang pun tak nampak.. Astafirullahalazim.. Macam mane yer nak di bayangkan dengan kata2? Apa perasaan aku sekarang ni? Kecewa.Sedih.. Tapi ini lah ujian aku dari yang maha Esa. Aku kena hadapi. Dengan ketenangan di hati.. Redho pada Mu Ya Allah. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. Yang pastinya aku sendiri tidak mengetahui. 😞 Adakah dia yang terbaik? Mungkin jga aku bukan untuknya. Hikmah di sebalik semua ini.. Aku kena berfikir lagi.. Hati ku rapuh..semangat ku lusuh.. Mohon ampun Ya Allah.Amin.

Friday, October 18, 2013

BONDAKU

Lama sudah minda ini memikirkan.

U r my sunshine

Love u bonda

Sangat menyayangimu bonda
Di wajahmu ternampak keperitan hidup walaupun
bonda senyum
Hanya bonda mampu membalut luka di hati
Ku mohon pada Mu Tuhan
Kau kurniakan lah kesihatan yang baik pada bondaku
Tidak dapat ku balas pengorbananmu bonda
Hanya doaku mengiringi air mata ku


powered by Funnel

👍👍👍

Mawar


powered by Funnel